Tuesday, 6 December 2011

(:: Photo Competition Untuk Anda ::)

Salam dari nusantara, ada 2 photo competition yang sedang berlangsung di arena maya sepanjang pengetahuan saye la, satu competition tema die TAK NAK MEROKOK (klik sini) dan satu lagi tema 'greener living' atau lebih mudah difahami 'kehidupan hijau, mesra alam, atau apa2 saja yang agak2 maksudnya ke arah tu.' 

Baiklah, untuk photo competition TAK NAK MEROKOK tu bolehlah dengan berhemahnye anda pergi ke Facebook dan Search 'TAK NAK MEROKOK' di sana ada diterangkan step by step apa yang harus anda lakukan.

Untuk photo competition yg kedua, apa yang perlu anda lakukan ialah merakamkan imejan yang ada unsur2 tema yang telah disebutkan. Well, why not kite try kan? tiba2 hadiah kemenangan jd milik anda??? siapa tahu?? Baiklah kalau rasa nak tahu lebih lanjut silakan klik gamba kat bawah nie.

:: Jumpa lagi! ::


Thursday, 20 October 2011

(: Tips Ringkas Jurufoto Perkahwinan :)

Since saya baru saja update selembar benang, unfair lak rasanya kalau tak update whitemelor, tp nak update gamba tak buleh sebab super external kat kampung, jadi molek kiranya aku share skit tips seorang jurufoto perkahwinan berdasarkan sedikit pengalaman yang ada.

Yakin

Keyakinan merupakan tips terpenting tidak kira anda baru mahupun sudah lama berkecimpung dalam dunia fotografi. Kalau anda baru sekalipun, anda perlu menunjukkan bahawa anda MAMPU untuk melakukan tugas murni ini. Percayalah, apa yang membezakan jurufoto yang “yakin” dengan yang “biasa-biasa” saja ialah keyakinannya merakamkan detik indah anda. Seorang jurufoto harus yakin berada di depan, mendepani tetamu, serta tidak MALU & SEGAN.

Director

Bak kata ‘director Ahmad Nisfu’, apa yang harus ada dan sememangnya satu bonus kepada anda jika anda seorang yang pandai memberi arahan kepada pengantin. Ingat, tugas anda akan menjadi mudah jika pengantin merupakan jenis yang suka bergambar, tapi kalau sebaliknya, anda jugak yang jenuh menjawab nanti bila mereka tanya “eh kenapa possing tak best, dll”.

Kreatif

Kalau pasangan pengantin yang anda jumpa tu tak pergi jauh atau outing tapi mahukan hasil yang lebih kurang sama dengan outing version, apa yang anda perlu lakukan ialah MAKSIMUMKAN persekitaran rumah atau dewan pengantin. Percayalah, dalam keadaan – keadaan tertentu, anda sendiri tidak menyangka bahawa imej itu sebenarnya diambil dari belakang rumah saja *contoh la :)

Bateri!!!

Bagi saya inilah KUASA terpenting yang MESTI dipastikan berada dalam keadaan SEDIA digunakan, jika anda tiada battery grip, jangan cabar diri amek gamba pengantin dari pagi sampai petang, kalau anda degil jugak, makanya anda berdepan RISIKO HABIS BATERI pada masa yang MUNGKIN merupakan anda SANGAT PERLU mengambil gambar. Bateri ni termasuk jugak BATERI FLASH anda, biasanya dalam 1 hari majlis perkahwinan, saya akan gunakan 8 bijik AA bateri yakni energizer tu, so kalau anda nak selamat buatlah BACKUP BATERI iaitu belilah 1 paket lagi merangkap 4 bijik. Sepanjang pengalaman saya, tak lebih pun dari 8, tapi lebih baik BERINGAT SEMENTARA BELUM KENA KAN~ 

Hahaha baiklah sekian dlu tips dari saya, sebenarnya saya juga orang baru dalam dunia kahwin mawin fotografi ni, tapi nak kata baru tak baru jugak la ade lam 3 tahun dah, skarang saya berasa sangat yakin dapat memberikan senyuman kepada pengantin saya, anda bagaimana?? Hehe ok lah jumpa lagi di lain waktu dan ketika, wassalam.

Thursday, 16 June 2011

Rekod Kemenangan

Alhamdulillah, masih ingat best wedding photo competiton yg pernah saya masok dlu?? Jika ya saya hendak berkongsi kisah kemenangan di entri ini, hahaha jangan maraa aaaa =’P

Well, sebenarnya aku telah mengalami kadar giveup yg boleh la tahan bile asek2 member kata tak leh nak vote iaitu masalah something wrong yg tak sudah2 disebabkan oleh facebook tu. Jadi bersempena dengan masalah tersebut, aku berserah sajalah dengan vote yg telah terkumpul serta mengharapkan ramai voters lain terus membuat undian, manalah tau ada keajaiban.

Selang beberapa minit aku melayari laman fb semalam tiba2 terlihatlah olehku KEPUTUSAN PERTANDINGAN tersebut, lalu dengan pantas aku mengkliknya daaaaaaaaaaaaaaannnnn nama saya tersenarai! No.3! dengan 159 undian! Ehehehe (“,)
 
Dengan kemenangan tersebut, makanya aku telah membawa pulang *sebenarnya diorang pos* sebuah syiling Dirham Kelantan di mana aku pun tak pernah tengok secara realiti lagi.

Baiklah di sebalik kemenangan itu, sukecite terima kaseh diucapkan pada semua pengundi yang berdaftar serta menekan LIKE tempoh hari, tak kire la korang dapat like ke tak yang penting ada cubaan untuk like kan~ ahahaha =’D

Nampak tak gamba no. 3 tu? Tu la gamba saya ehehe~
Secara dekatnya~
Dannn ini la dia gamba yang dimaksudkan, terima kaseh yg tak terhingga kepada wan & azean! ='D
ini la die 1 Dirham Kelantan yang berjaya dimenangi~ sekali lagi, terima kasih dawon keladi! =)

Sunday, 15 May 2011

Dari Meja Penerbit

Assalamualaikum Malaysia!!! Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya terbina jugak sebuah lagi blog saya iaitu yg anda sedang layari ini. Setelah lama memikirkan apekah nama serta head kepada blog ini dan setelah bermacam2 nama diberi akhirnya saya telah berjaya menemui 1 nama yg sangat sesuai dengan jiwa serta hati nurani saya iaitu WHITEMELOR, ehehe =’D

Kenapa pulak WHITEMELOR?
Panjang ceritanya, aku sebenarnya telah mula membangunkan sebuah blog ke dua selain SELEMBAR BENANG sejak Mac lepas. *cam sedap lak sebut “membangunkan” kan?~ Tapi ntah kenape blogspot ala2 cam tak berape ikhlas benarkan aku tuko URL lalu dengan pantasnye aku membuat blog baru dengan URL yg baru~

Well, kewujudan blog ini diharapkan dapat menjadi medium tempat aku mencurahkan karya2 terkini terutamanya wedding picture, yg lelain tu kalau takda di sini makanya di facebook la tu. Saya pilih maroon dan yellow pastu oren2 skit sebagai theme blog ni, kalau nak berubah pun later2 la ehehe.

Ok lah tanpa membuang masa e2 saja dari saya, selamat melayari WHITEMELOR! =’D