Thursday 16 June 2011

Rekod Kemenangan

Alhamdulillah, masih ingat best wedding photo competiton yg pernah saya masok dlu?? Jika ya saya hendak berkongsi kisah kemenangan di entri ini, hahaha jangan maraa aaaa =’P

Well, sebenarnya aku telah mengalami kadar giveup yg boleh la tahan bile asek2 member kata tak leh nak vote iaitu masalah something wrong yg tak sudah2 disebabkan oleh facebook tu. Jadi bersempena dengan masalah tersebut, aku berserah sajalah dengan vote yg telah terkumpul serta mengharapkan ramai voters lain terus membuat undian, manalah tau ada keajaiban.

Selang beberapa minit aku melayari laman fb semalam tiba2 terlihatlah olehku KEPUTUSAN PERTANDINGAN tersebut, lalu dengan pantas aku mengkliknya daaaaaaaaaaaaaaannnnn nama saya tersenarai! No.3! dengan 159 undian! Ehehehe (“,)
 
Dengan kemenangan tersebut, makanya aku telah membawa pulang *sebenarnya diorang pos* sebuah syiling Dirham Kelantan di mana aku pun tak pernah tengok secara realiti lagi.

Baiklah di sebalik kemenangan itu, sukecite terima kaseh diucapkan pada semua pengundi yang berdaftar serta menekan LIKE tempoh hari, tak kire la korang dapat like ke tak yang penting ada cubaan untuk like kan~ ahahaha =’D

Nampak tak gamba no. 3 tu? Tu la gamba saya ehehe~
Secara dekatnya~
Dannn ini la dia gamba yang dimaksudkan, terima kaseh yg tak terhingga kepada wan & azean! ='D
ini la die 1 Dirham Kelantan yang berjaya dimenangi~ sekali lagi, terima kasih dawon keladi! =)