Thursday 20 October 2011

(: Tips Ringkas Jurufoto Perkahwinan :)

Since saya baru saja update selembar benang, unfair lak rasanya kalau tak update whitemelor, tp nak update gamba tak buleh sebab super external kat kampung, jadi molek kiranya aku share skit tips seorang jurufoto perkahwinan berdasarkan sedikit pengalaman yang ada.

Yakin

Keyakinan merupakan tips terpenting tidak kira anda baru mahupun sudah lama berkecimpung dalam dunia fotografi. Kalau anda baru sekalipun, anda perlu menunjukkan bahawa anda MAMPU untuk melakukan tugas murni ini. Percayalah, apa yang membezakan jurufoto yang “yakin” dengan yang “biasa-biasa” saja ialah keyakinannya merakamkan detik indah anda. Seorang jurufoto harus yakin berada di depan, mendepani tetamu, serta tidak MALU & SEGAN.

Director

Bak kata ‘director Ahmad Nisfu’, apa yang harus ada dan sememangnya satu bonus kepada anda jika anda seorang yang pandai memberi arahan kepada pengantin. Ingat, tugas anda akan menjadi mudah jika pengantin merupakan jenis yang suka bergambar, tapi kalau sebaliknya, anda jugak yang jenuh menjawab nanti bila mereka tanya “eh kenapa possing tak best, dll”.

Kreatif

Kalau pasangan pengantin yang anda jumpa tu tak pergi jauh atau outing tapi mahukan hasil yang lebih kurang sama dengan outing version, apa yang anda perlu lakukan ialah MAKSIMUMKAN persekitaran rumah atau dewan pengantin. Percayalah, dalam keadaan – keadaan tertentu, anda sendiri tidak menyangka bahawa imej itu sebenarnya diambil dari belakang rumah saja *contoh la :)

Bateri!!!

Bagi saya inilah KUASA terpenting yang MESTI dipastikan berada dalam keadaan SEDIA digunakan, jika anda tiada battery grip, jangan cabar diri amek gamba pengantin dari pagi sampai petang, kalau anda degil jugak, makanya anda berdepan RISIKO HABIS BATERI pada masa yang MUNGKIN merupakan anda SANGAT PERLU mengambil gambar. Bateri ni termasuk jugak BATERI FLASH anda, biasanya dalam 1 hari majlis perkahwinan, saya akan gunakan 8 bijik AA bateri yakni energizer tu, so kalau anda nak selamat buatlah BACKUP BATERI iaitu belilah 1 paket lagi merangkap 4 bijik. Sepanjang pengalaman saya, tak lebih pun dari 8, tapi lebih baik BERINGAT SEMENTARA BELUM KENA KAN~ 

Hahaha baiklah sekian dlu tips dari saya, sebenarnya saya juga orang baru dalam dunia kahwin mawin fotografi ni, tapi nak kata baru tak baru jugak la ade lam 3 tahun dah, skarang saya berasa sangat yakin dapat memberikan senyuman kepada pengantin saya, anda bagaimana?? Hehe ok lah jumpa lagi di lain waktu dan ketika, wassalam.